Tuesday, December 1, 2009

"Mia....Ayah lebih kenal dia siapa...ayah haramkan keturunan dia dalam keluarga kita...



ingat ...!!!" En Murad berang bila mendapat tahu hal ini.


Mia terdiam. Mia masuk ke bilik dengan rasa yang tidak puas hati.


Dia sendiri tak mengerti kenapa Ayahnya tersangat bencikan


Airil.

"Your dad really hates me you know..."

Suara Airil. Rokok dibibirnya makin hangat membara. Airil masih membelek-belek bil yang berselerakkan di meja kedainya.

Mia hanya membisu. Dia hanya memerhatikan kira-kira yang Airil sedang buat. Mia buntu.
Mia sendiri tak tahu ape yang harus dibuat demi menyakinkan Ayah tentang Airil.
Sehingga kini Airil bukanlah senarai menantu pilihan ayah.

"Abang....Mia datang sini bukan nak gaduh nak dgn abang.....you love me right...." Ujar Mia manja
Airil menoleh
"Yup..." wajahnya seperti sediakala..Serius..

Mia hanya tersenyum dan cintanya terlalu mendalam pada Airil

Kisah Cinta Terhalang

"En Rayzail...maafkan Mia...Mia ...."
Mia tunduk membisu.
"Mia....its not your fault...I tak pernah salahkan you pun..."Ujar Rayzail
"Entahlah ..Kadang2 Mia rasa bosan sangat....Selama ni Mia yang banyak berusaha untuk
masa depan kitaorang...tapi tengok lah ape yang dia buat..
kalau mcam ni , Mia dan dia tak boleh teruskan hubungan ini. Mama yang ayah Mia
tak pernah terima dia ....panjang ceritanya En Rayzail..."

Renteten Kisah Airil

"Airil tak turn up today Mia...." Bicara Rayzail sambil ketawa kecil
"Mmmm..." Mia mengeluh
Suasana jadi sunyi seketika
"Dia tak call En Rayzail ke..?" Mia menyambung
"Takde pun..."

Di kisah yang lain

"Abang ni kenape...? En Rayzail informed that you did not turn up to work...whats wronggg..."
Bicara Mia dengan nada yang agak kecewa
Airil membisu...mukanya mencuka...matanya tertumpu di hadapan jalan.
"Abanggg!!!, Mia susah 2 cari tau keje untuk abang...kenape buat mcam nih?!!Abang jugak yang nak ayang Tolong,....!!"
Airil menoleh pada Mia.
"If you came here, just to shout at me...."Belum sempat Airil habiskan
"Kalau Mia cakap, abang nak meradang...tapi ape yang abang buat dah sakitkan hati ayang tau!!!"
Airil keluar dari kereta dah menghempasnya kuat2
Sikap Airil yang tak pernah berubah. Cepat marah, meradang tak tentu pasal.

Sunday, November 29, 2009

"Abang , mcamana ?? best tak keje.." Soal Mia Beria.
Dia duduk di depan Airil yang ketika itu sibuk mengira hasil perniagaan hari itu.
"Abang...ayang tanye nih...."
"Abang Seboklah......"Suara Airil agak tinggi
Mia terdiam. Dia menyandarkan tubuh nya ke sofa empuk.
Mengambil bahan bacaan yang ada di situ. Airil Masih tidak mempedulikannya.
Mia lantas mencapai kunci kereta dan meninggalkan Airil begitu sahaja.
Airil hanya membiarkan Mia pergi
Memang Airil begitu . Dia terlalu ego dan sikapnya tak pernah berubah dari
awal perkenalan dengan Airil. Hanya Mia yang cuba selamatkan hubungan mereka
Tapi bagi Airil tiada apa.

Pertemuan Rayzail and Mia

"Hello andy...Mia dah sampai depan company abang andy ni...nak masuk mcam tu je ker.."
Tanya Mia
"Okay Mia, nanti ambik pass kat guard house ye...Abang Andy dah tunngu kat dalam tu.."
"Thanks andy.."
Mia membetulkan rambutnya. Dengan berbaju kurung bunga merah, Mia tampak sopan.
Mia berjalan menuju ke guard house dah menulis nama di dalam log book yang sudah
tersedia.
"Terima Kasih.."Ucap Mia pada Guard yang bertugas
"Sama-sama..ikut pintu depan ya.."Balas Pegawai Keselamatan dengan loghat Penang.
Namanya Hassan. Kemas tertera di uniform berwarna biru.
Mia membalas dengan senyuman.
Mia bergegas masuk ke lobby. Di situ hanya ada seorang perempuan bertudung dan dua orang lelaki yang asyik bersembang di satu sudut.

"wah , awek cunlah....trylah boss.."
(Sambil memerhatikan Mia yang masih buntu mencari Rayzail)

Mia hanya membisu. Dia tidak tahu siapa yang harus dia jumpa.
Mia keluar dari lobby dan berhubung kembali dengan andy.
Mia masuk semula dan lelaki yang berada di sudut tadi sudah tiada.
"Ya cik...apa yang boleh saya tolong..." Suara perempuan yang mungkin
receptionist di situ
Mia mendekati tempat perempuan itu tadi.
"Saya nak jumpa En Rayzail.." Beritahu Mia ringkas
"Sebentar ya..." Perempuan itu sedang berhubung dengan En Rayzail Agaknya.
"En Rayzail menunggu cik di bilik number 2 itu".Sambil menuding jari ke sebuah bilik
yang agak kecil.
Mia tersenyum dah segera menuju ke bilik tadi. Mia tidak keseorang, dia
bersama teman lelakinya Airil.
"Jom abang.." Ucap Mia
Airil mengikut Mia ke bilik.

Wednesday, November 18, 2009

Rayzail & Mia

"Hi dear...jom ikut I petang ni, nak jumpa someone.."
"Okay, around 6 pm, okay tak ?" Balas Mia yakin.
Dari jauh kerete rayzail meluncur laju.
Mia tersenyum melihat kehadirannya.
"Hi...i boungt something for you...tengok kat belakang...."
Mia menoleh melihat tempat belakang yang dipenuhi kotak 2 kecil.
"Cakes.....secret recipe...my favourite....!!!!Thank you dear...."
Rayzail tersenyum puas.
"Kite nak kemana ni ...I makan yek..."
"Makanlah..I tahu you lapar..this is your time kan..."
Rayzail memandu tenang. Menyusuri jalan kampung. Ada pantai detepinya..
Mia hanya terdiam. Masih menikmati cake yang di beli Rayzail.
Rayzail memberhentikan keretanya betul2 mengadap pantai.
"Okay..dah sampai, you tunggu sekejap yek...Kawan I dah tunggu kat dalam kapal tu.."
Mia menunjukkan tanda okay...
Mia terus locked pintu kereta sebagai langkah berjaga-jaga. Suasana Tempat itu
agak suram, memandangkan dah hampir senja. Tapi memang kawasan kampung.
Kata Rayzail, tempat ni dulu habis di mamah Tsunami. Sekarang baru nak re-develop.
Kesian. Tersentuh hati Mia melihat rengkahan batu-bata yang bertaburan di
pasir. Tentu waktu suasana begitu menggerunkan para penduduk di situ.
Pasti masih ramai yang Trauma. Terdengar berita sehingga ada sesetengah
penduduk kampung tak mampu lagi tinggal di situ. Kata mereka tak mampu
menerima pemergian mereka yang tersayang....

Monday, November 16, 2009

2nd Wife...

"Ayah...Mia selalu fikir nak cari orang yang dah establish...tapi Mia tengok, mereka2 yang dah establish tu dah berumur, at the same time dah khawin...."
Encik Murad mengangguk tanda setuju.
Mama Mia tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Habis tu, no choices, if nak kena berkorbanlah....jadi 2nd wife ???"
"Kalau tak , Mia kena khawin dgn orang biasa yang educated tapi baru nak develop carier...perlukan masa tu Ayah untuk jadi somebody...so masa tu Mia kena sabar dan lalui kesusahan hidup sket. Betul tak ?" Tanya Mia lagi
Encik Murad mengangguk kali kedua.
Mia kembali membelek kulit majalah yang telah tersedia di situ. Mia juga tidak
menunjukkan sebarang reaksi selepas ayahnya mengakui
pendapatnya itu...Mia hanya tersenyum.
"Tapi....tak semestinya jadi isteri kedua..."
Sambung En Murah memecah kesunyian.
Mia terkedu. Rupanya ayah berfikir sejenak
tentang apa yang dikatanya.

Friday, October 2, 2009

Keratan Ungu & Haziq

"Hi Mia..thank you sangat coz bagi hadiah tu yek..
comel sangat...memang mia ni suka bergambar lah.."
SMS Haziq
"Masa tu Mia tak sihat tau...."
"Ye Ke...sian Mia...tak tahu camne nak balas...."
"Its okay..yang penting Haziq happy lah yek.."
"Mestilah happy..."balas Haziq
Mia tahu Haziq menerima iklhas pemberiaanya walaupun tak seberapa.
Bagi Mia , dia juga ikhlas lakukan semua itu utk Haziq...
Sometimes Mia terfikir, kenapa dia buat Keratan Ungu itu...
Haziq bukan siapa2 dalam dirinya...Haziq hanyalah Adik Abang Ikmal dan aku
bertemu dia tanpa dirancang...selepas tu Haziq on duty..bertemu dia hanya
sekali...mmmm
Mia tersenyum sendiri..
Sampai ke situ fikiran Mia melayang.....tapi itu kisah lama....
tapi kengangan itu cukup indah lagi nyata...Haziq yang jauh dekat di Hati
walaupun aku masih buntu......

Thursday, September 17, 2009

Memori Semalam Lagi...keratan ungu

"Tak tidur malamlah engkau Bugi...."

Haziq tersenyum. Sambil membelek-belek keratan ungu itu.

Haziq terdiam seketika

"Lepas ni Abang Bugi bolehlah berangan-angan sbelm tidur yek.."

Masing-masing tergelak. Ilah, sepupu Haziq selalu sangat

mengusik tentang Mia. Haziq kaku di situ...dia agak teruja melihat
keratan ungu dari Mia. Walaupunn warna ungu bukanlah warna
kegemaran Haziq...dia tetap menghargai pemberian Mia.
Keratan itu agak cantik dgan dihiasi reben berwarna kuning..
Di dalamnya gambar2 Mia yang comel dan Mia ternyata sekali
tampak manja.

"Ape lagi tu...makanan dah lama sampai ni..jom makan dulu.."
Sapa Mak Udin dari belakang. Ayah kepada Ilah.
"Takde apelah Mak Udin...Bugi ni...tersengeh-sengeh...dapat hadiah dari Mia..."
"Dah kenyang dah tu..." Abang-Abang Haziq menyampuk...

Malam itu gelak ketawa mengusik mengiringi malam Haziq.
Ternyata Cahaya malam yang malap tampak jua serinya.
Kerana Hati Haziq sudah mula bercahaya...

Memori Semalam

Mia termenung sendirian...fikirannya melayang-layang...
Dek terlalu sibuk...Mia hampir terlupa soal Haziq. Namun terbenak
suatu kenangan dulu. Memori Semalam.

"Mia...abang nak ke Port Klang malam ni..(sambil tergelak) ade ape2 yang
mia nak kirimkan pada Haziq ke..?" Tanya Ikmal dengan suara girang
Mia terdiam. Berfikir sebelum menjawab pertanyaan Ikmal.
Memang ade sesuatu yang difikirkan untuk Haziq
"Hello mia...." Kata Ikmal lagi
"Oppsss sorry abang..."
"Mengelamun lah plak...its okay, mia call je abang nanti...okay my dear..."

Mia tidak sihat kebelakangan ini. Mungkin terlalu sibuk bekerja.
Sehingga menganggu makan dan tidur Mia. Memang dia tak berdaya.
Kepalanya berat sekali. Pening dan tak mampu nak berfikir panjang.
Mia hanya terbaring di Katil. Dah hampir Sejam Dia melelapkan matanya.
Dan dia masih teringat yang Ikmal akan ke Port Klang. Katanya bertemu Haziq
di sana...

Mia mengagahi dirinya untuk bangun...melihat pada kertas warna ungu di tepi katilnya..
Kertas pembalut , reben, gambar..semua sudah disediakan
Mia tersenyum kelemahan. Memang ada sesuatu untuk Haziq.

SMS SMS SMS

....SMS Lagi...

"Hi Mia....how are you....?"
Mia menumpukan perhatian pada screen notebook nya. Mukanya serious. Memang
ini tabiat yang Mia sukar hindarkan. Dia tidak mudah tersenyum , lagi2 bila melakukan
kerja di office. Bagi Mia kerja kerja kerja. Jari-jemari nya menaip laju tanpa
perlu melihat keyboard. Bagi Mia itu adalah perkara biasa. Lagipun Mia dah
selalu dan terbiasa begitu. Kalau dia mula tengok Keyboard...habis bercelarulah
taipan nya itu.

"Mia..saya balik dulu...jangan balik lewat sangat.."
"Okay Boss.." Balas Mia ringkas.

Di Tempat Parking Office

"Alamak...Haziqlah...dari pagi tadi dia sms..mmm" Hati Mia berkata

"Hi Haziq...sorry sangat.. tadi Mia ada kerja penting..Mia Flu sket.."

"Flu....Dah jumpe doctor ke?" Balas Haziq

"Belum..maybe esok...Mia tak sempat lah today..."

"Okay pasti kan itu ye...nanti Mia sakit lagi..camne Haziq nak teman Mia ni..."Gurau Haziq

Mia tergelak.

"Takpe ...Haziq boleh temankan Mia....biar Haziq kena flu jugak.."

"Hehehee..okay Mia...Haziq ade meeting penting ni...nanti kita sms lagi yek.."

Haziq & Superman

SMS

Mia bersandar di katil di biliknya. Sambil menekan remote Astro, Mia mencari-cari
nama Haziq di list telephone. "mmmm..Haziq..." bicara kecil Mia "Create SMS"...
Mia bicara lagi...
"Hi Haziq..camne dgn movie Superman tu...best tak ?"
"Send SMS"
Mia kembali menonton rancangan di astro malam itu. "trit trit"
Bunyi isyarat sms diterima
Mia masih menonton...dia membiarkan sms itu seketika. Bila Iklan.
Baru Mia membelek kembali. Mia tersenyum
"Hi Mia..Haziq tak sempat nak tengok movie tu....Haziq dah on duty pun.."
"Ye ke....Haziq kat mane sekrang ni....??"
"On the way ke Singapore..dry dock kat sane..for two months"

Dari Ikmal ke Haziq

Sara dan Ikmal tiba di perkarangan condo Mia. Ikmal menghubungi Mia. Memberitahu yang mereka sudah sampai.
"Kejap kejap..!!Mia turun sekarang..." Mia berlari anak menuju ke lift.
Sampai ke ground floor. Mia tercari-cari Kak Sara dan Abang Ikmal.
Mia mengukir senyuman gembira sambil melambaikan tangan pada
mereka.
"Abang ngan akak dari mane ni..?Tak cakap pun nak datang...."
Mereka berjalan beriringan..Mia memimpin tangan Lokman.
"Hai lokman....muah..rindu sangat....!!" Ciuman Mia kepada Lokman.
"Kak Sara kebetulan ambik Lokman kat nursery....terus datang sini.."
"Ooo mcam tuke...jom..naik umah Mia..."
"Mia takyah susah2...abang dah belikan mkan malam..."Sambil
menunjukkan bungkusan ditangan.
"Rezeki Rezeki..."

Rumah Mia

Tak sempat Mia hidangkan air. Abang Ikmal menarik tangan Mia. Mengajak
Mia duduk di sofa.
"Mia , pinjam hp jap..."
Mia hanya memerhati kan tingkah laku Ikmal..
"Entah siapa lah yang abang nak call...nampak mcam kelam kabut jek..."
Terdetik di hati Mia
"Hello Bro....ape cite???"
Kak Sara tersenyum, Dia berbisik pada Mia
"Haziqlah tu..."
Mia hanya terdiam...menghidangkan air yang baru di buat tadi..
"Minumlah Kak Sara..air syrup okay ke..?"
"Layan Je Mia..."
"Aku ngan Mia ni..saje dtang umah dia..." Sambung Ikmal lagi
"Saje je..aku nak bagitahu ini number phone Mia...call lah nanti.."
Mia masih terdiam.
"Thank you mia....and Haziq send regards to you..."
Ikmal tersenyum puas
"Okay....no problemmmm...Abang jom makan...murtabak kesukaan abang.."

Meniti Cerita Haziq

"Masuk Mia..."Pelawa Abang Ikmal
"Abang dah beli sotong yang Mia pesan tu ..?"
"Mestilah..kan dah janji..nanti kak sara masak sambal tumis sotong..
Mia suka kan"
"Wow..bestnye...sayangggg abang..." Mia tersenyum puas.
Dia membuka beg tangannya dah keluarkan Handphone. Mia menekan2 butang
HP.
"Mia sms Haziq ke..." Tanya Ikmal
Mia memandang Ikmal dngan penuh kehairanan
"Haziq..?!..number phone dia pun mia takde.."
Ikmal menoleh laju....Rancangan AXN yand di tonton tadi sudah dia tak hiraukan...
Menumpukan perhatian pada statement Mia
"Ape???So , Haziq tak pernah call Mialah selama 2 minggu nih..?!"
Mia mengelengkan kepala sambil membuka helaian majalah
Intrend keluaran May 2007...

Mimpi Bukan Mimpi

Mia melabuhkan badannya ke sofa empuk di ruang tamu rumahnya.
Dia baru balik dari tempat kerja.
"Huh.." Keluh Mia kepenatan.
Dia menutup matanya seketika..Cuba merehatkan diri..
Tak sampai berape saat, Mata Mia terbuka kembali..
Mia cuba sekali lagi mentutup rapat .....namun Matanya
tak juga ingin tidur...
"ishhhh....badan penat...tapi mata plak taknak tutup...kenape yek..." Berbisik seorang diri.
Mia terus bangun, menuju ke dapur rumah. Menuang air masak ke dalam gelas yang
tersedia di situ. Meneguk air putih memang menyegarkan.
Mia kembali ke sofa tadi... dia duduk tetapi duduk dalam
keadaan yang tidak selesa...mcam ade yang tak kena..
"Haziq" Muncul dalam fikirannya...
"Biar betul..!!!" jerit hati Mia
"Apesal teringat kat Haziq ni...??"
"Rindu....rindu dgan Haziq..??Oh tidak!!!"
Tempik Mia lagi..Namun tak siapa pun boleh dgr...
Hanya hatinya yang gusar akan mimpi yang bukan mimpi..........

Cahaya Titisan Hujan

Hujan menemani Mia malam itu....Pandangan dari cermin kereta agak kabur. Mia terpaksa lebih berhati-hati memandu. Suasana Malam yang diiringi hujan membuat
lampu2 jalanan, kedai2 makan, gerai yang berselerak di tepi tembok jalan
lebih terserlah cahayanya...Jalan yang tadinya kering, basah sekelip
mata...pemandu juga lebih focus dalam pemanduan...maklumlah
hujan agak lebat. Mia tersenyum sendiri. "Malam yang Indah"
Bisik hati Mia. Fikirannya melayang. Dalam 20 minit memandu
Mia sampai ke rumahnya. Terpaksa meredah Hujan memandangkan
Gate Condo telah ditutup. Mia basah kuyup malam itu.
"Sejuknya...." Bicara mia sendiri. Dia menekan butang lift..dan terus
masuk ke kotak ajaib....
"Level 23.." Suara yang tidak pernah jemu memberitahu lokasi
lift di mana.
"You looked like chinese..are you chinese.." Sapa seorang lelaki
Cina yang turut serta berada dalam kotak bergerak itu.
"No...Iam Malay...my grandmother is Chinese.." Jawab Mia
Mia melangkah keluar sambil tersenyum pada Lelaki Cina itu....

Cahaya Cinta

"mia, kita jumpe ye today...."Text Color Bicara Sara. Kakak Sepupu Mia.
"okay....tapi tak boleh hari lain ke ... Mia penatlah Kak Sara..."Balas Mia...
"Bolehlah sayang...sekejap je...lagipun dah lame tak jumpe..."Pujuk Sara...

Coffee Bean

Mia kelam kabut masuk ke Coffee Bean. Dari jauh dia dah nampak Kak Sara dan Abang Ikmal.
"Alah mamat ni...aku nak masuk..masa nilah dia nak keluar.." Bisik hati kecil Mia.
"Hai abang......!!! dah lame sampai ke?"
Ikmal menoleh...sambil tersenyum.
"Untuk adik abang...sampai esok pun abang tunggu.."
Mia tergelak..
"Jom mia , kita lepak kat meja tu." Ajak Sara
Mia hanya mengikut sambil membawa tray berisi "ice lemon tea"
Langkah mia terhenti seketika pabila melihat meja itu sudah di duduki mamat tadi.
"Dah ade oranglah Kak Sara"
"Jomlah....meja kite tu..." Balas Sara. Mia kehairanan...Kenapa Kak Sara nak jugak
duduk kat situ.
"Mia..ini bukan orang lain...ini adik Abang Ikmal lah...." Sara tergelak melihat Mia
membuat muka.
"Mia....Ini Haziq...adik abang.."
Mia tersenyum. Dia menyambut salam Haziq
"Hi Mia..." Sapa Haziq
"Hi....sorrry pasal...."Belum sempat Mia habiskan
"Ooo..kat pintu tu ye...its okaylah...lagipun Haziq yang salah...kelam kabut nak keluar jugak..."
"Laaa....dah terserempak ke tadi???" Tanya Ikmal
"aa'aa...." Balas Mia pendek sambil tergelak.